Perjalanan hidup sem satu di UiTM Negeri Sembilan

Assalamualaikum...

Sejak duduk dalam asrama susah nak berblogging, almaklumlah internet susah nak dapat. Wifi pun alahai sekejap ada sekejap KO. Alang-alang ada masa free ni nak bercerita sikit. Final pun nak dekat dah. Nampak tak betapa lepaknya aku siap tulis blog. So kita mulakan cerita.

Hari pertama aku jejak kaki kat uitmns ni, aku rasa nervous. Yela rasa macam mimpi je dah masuk U. Muka excited ayah dengan ibu memang ta boleh nak kata dah. Masing-masing senyum je... Sampai je terus dapat number bilik, bilik aku 3322. Cantikkan number ^^ Selesai daftar rumah and bilik, aku terus ke bilik. Masuk-masuk je dah ada orang. Aku pun senyum je la. Roommate aku rupanya... Nampak pendiam, tapi rupanya kuat bercakap, gelak memang nonstop la dengan dia. Namanya Atirah... Blur jugak la aku bila first time duk hostel.



Seminggu orientasi memang penat gila lah ! Bangun pukul 4, tidur pukul 1. Normal la orientasi kan... Time orientasi semua muka mengantuk, sampai ada yang tidur time taklimat. Abang Paan apalagi,bukannya dia nak marah, tapi pegi tangkap gambar orang tidur.Makan pulak memang rushing gila, sebab nak cepat. Makanan pun tak sempat kunyah terus telan je. Makanan serious tak sedap and kotor. Hari ketiga MDS almost half daripada kitorang kena cirit-birit termasuk fasi. Kelam kabut jadinya masa tu. Masing-masing rebut toilet, sampai ada yang terpaksa masuk toilet lelaki.

Malamnya kakak dengan abang PM semua pakat nak kenakan kitorang. Kononnya ada reporter dari astro, tv3, tv1 datang sebab nak tanya pasal cirit-birit. Kitorang pun cuak la. Masing-masing duk dalam dewan yang gelap sebab taknak reporter tau. Last-last plan dorang nak suprisekan kitorang, siap nyanyi lagi. Suara memang the best ! Memang takkan dilupakan moment tu.

Habis MDS, semua lega. Masa untuk daftar kelas pulak, so aku ditempatkan di kelas AS120 1C1. Alhamdulillah classmates semua okay and the best. Lama jugak nak ingat nama and nak cari kawan. Bila dah lama barulah aku dapat member perempuan yg rapat. Boleh click ngan aku, apa-apa citer kitorang share. Namanya Deana, cantik orangnya.


Comelkan dia ? Ya ya tau dia comel. Tapi maaf sudah taken hehe... Peace memang trademark kitorang haha. Selain si Ana kecik ni, aku ada lagi 3 org member lelaki. Kitorang ni kira geng la. Ke mana-mana mesti sama-sama. Nama dorang Aizat, Wan dan Pijol. 


Dari kiri gambar : Pijol (hitam), Wan (tengah), Aizat (merah putih)

Masing-masing kitorang panggil artis sebab si Pijol muka macam Aaron Azizi sikit, Wan sebab dia berlakon dan Aizat pula boleh tahan famous jugak la sebab dia berlakon, menyanyi dan guitarist. Kalau ada event ada la muka si Aizat ni.

Then, lecturer semua okay especially Miss Nadiah. Aku hampeh sikit kat Bio ngn Physics. Tapi takpe usaha tu penting ! 


Classmates

First time lepak sama-sama



Bila dah berbulan-bulan kenal. And yeah biru sama.



Kalau takde dorang, taktau la macam mana.





Haa nak citer sikit lagi sorang member aku yang kecik, Emi (tengah). Cantik kan ? Dia schoolmate Ana. So bila dah selalu lepak sama, makan sama, tengok movie sama, jadilah rapat macam sekarang :D



Tu je la kot citer untuk kali ni. Mata pun dah tak larat nak bukak. So bye :)




Kem Rimba Ria Suara Hutan

Assalamualaikum kawan-kawan blogger...

How are you ? Good...
Kalau semua baik-baik saja, meh saya nak kongsi pengalaman saya sebagai fasi. Baru-baru ni saya mencabar diri saya untuk menjadi seorang fasilitator dalam satu kem yang melibatkan pelajar sekolah agama. Motif utama saya nak jadi fasi sebenarnya untuk menambah keyakinan diri. Sebelum ni saya bukanlah seorang yang berani ketika berdepan dengan ramai orang...

Alhamdulillah adik-adik ni semuanya baik dan kita pun senang berkawan dan rapat dengan mereka. Dengar cakap, tak degil dan yang penting mereka happy. Banyak benda yang saya belajar sepanjang mengikuti kem ni. Belajar bersabar, melawan ketakutan, cara merendah diri, cara nak kuatkan semangat. Lagi satu saya jenis yang suka cakap direct and lepas, tapi saya bukan mencarut. Kadang-kadang orang terasa dengan apa yang saya cakap. Saya cuba jaga kata-kata saya tapi still ada yang terlepas cakap.

Dalam kem ni jugak saya belajar macam mana nak kongsi cerita dan memberi kata-kata positif kat adik-adik ni. Kita kena buat adik-adik ni rasa percayakan kita dan mereka nak berkongsi cerita dengan kita. Motif kita buat macam tu hanyalah untuk membantu adik-adik ni keluar dari belenggu hidup yang membuatkan mereka rasa stress. Cara ni pun boleh buat adik-adik ni rasa lega.

Mula-mula kami berkenalan, adik-adik ni nampak pendiam dan tak hyper. Normal la sebab masih baru... Tapi lepas perkenalkan diri semuanya jadi sporting. Macam-macam game kami bagi dorang main supaya takde la rasa bosan je kan... Hari kedua dekat kem memang hari yang memenatkan sebab jungle tracking. Hampir 2 jam kami mendaki... Alhamdulillah kami dapt belajar macam-macam benda. Malamnya kami buat night walk untuk adik-adik ni. Normal la kalau ada yang menangis sebab takut, 1001 kata-kata semangat kami bagi untuk adik-adik ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Walaupun night walk paling mencabar bagi dorang, tapi itu la yang paling dorang ingat dan happy. Macam-macam respons yang positif dorang share dengan kami. Semuanya lancar dan dipermudahkan...

Hari pertama

Pagi-pagi fasi-fasi dah duduk kat dewan untuk menyiapkan kerja-kerja yang patut kami lakukan sambil menunggu adik-adik datang. Mereka datang dalam pukul 4 lebih dan kami menyambut mereka. Sampai saja mereka dekat kem, kami kumpulkan mereka di dewan untuk taklimat daripada Abang Daus.

Abang Daus pun terangkan apa yang patut adik-adik ni buat, jaga diri, dengar arahan dan lain-lain. Selesai taklimat, mereka diarahkan solat dan selepas itu Amili yang dah biasa handle ice breaking macam-macam game dia ajak adik-adik main. Kami pun tak lepaskan peluang main game hehe... Dah penat main game adik-adik ni pun dah lapar, Jue selaku AJK makanan bersiap sedia dengan minum petang untuk adik-adik ni.

Malam pula selepas solat isyak kami, fasi-fasi dibahagikan group. Saya pula fasi baru dan baru pertama kali join program macam ni, so saya berpasangan dengan Jue duduk dalam satu kumpulan. Dalam kumpulan tu ada 10 orang pelajar darjah 5 & 6, nama-nama mereka (Aida, Ainin, Fatin, Fify, Afreen, Danisha, Nurin, Aina, Julia, Zhaf). Macam-macam mereka memperkenalkan diri masing-masing dan bercerita serba sedikit tentang diri mereka. Bila dah kenalkan diri rasa macam rapat dengan mereka dan boleh bergurau senda, mereka pun tak rasa awkward dengan kami. Nama kumpulan kami "The Roar of Tigers" hebak mu... Banyak jugak idea adik-adik ni nak bagi nama group, nak buat trademark. Alhamdulillah mereka dapat sesuaikan diri dengan kami berdua.

Dah habis discuss pasal group, sambil tunggu masa habis kami pun main game 'buaya biawak'. Okay saya mengaku saya tak pandai main game ni dan itu first time saya main. Mula-mula confuse jugak main asyik silap je. Then dah habis suai kenal mereka pun dilepaskan untuk minum malam dan balik ke dorm masing-masing.

Hari kedua

Awal betul adik-adik ni bangun, pukul 4 dah bangun. Daebak ! Bagus-bagus semangat macam ni yang kami nak. Lepas solat subuh, kami ajak adik-adik senaman dan main game 'salah benar salah benar'. Haha first time dengar dan main.

Dipendekkan cerita selepas breakfast kami pun meneruskan aktiviti seterusnya iaitu Jungle Tracking. Hampir dua jam kami mendaki dan melihat ciptaan Allah yang sangat indah. Keindahan Allah memang boleh ubat duka dan lara kita *eceh*. Sepanjang mendaki adik-adik dah merungut dah dan tak habis-habis tanya bila nak sampai. Hmm masa ni la kita kena mind set, kata dekat je lagi dekat je lagi. Automatik kaki kita laju je melangkah sebab nak cepat sampai.

Alhamdulillah kami sampai di tempat lapang dan berehat sebelum meneruskan pendakian kami. Kami kena mendaki lagi untuk mandi air terjun. Nak naik tu memang curam dan memenatkan. Ada sorang adik ni hampir putus asa sebab terlalu penat, tapi nasib Jue ada nak bagi kata-kata semangat. Jue yang dah nak hampir hilang semangat pun tetiba semangat bila bagi kata-kata semangat kat adik tu. Dan akhirnya kami berjaya sampai dan masing-masing dengan wajah penat tiba-tiba bertukar happy bila nampak air terjun. Apalagi mandi la !

Selesai bersuka ria mandi air terjun, kami pun turun semula ke tempat lapang tadi untuk solat dan lunch. Kami solat tanpa menggunakan sejadah dan telekung. Hmm siapa kata kita tak boleh solat atas tanah, bukan ada najis pun. Zaman Rasulullah saw pun solat atas tanah. Ambil wudu' dekat sungai dan solat atas tanah, dan perempuan pula solat tanpa telekung. Sebab itu la kita kena menutup aurat dengan sempurna, kalau nak solat pun senang, tak payah tunggu turn pinjam telekung.

Dalam pukul 3 kami turun semula ke kem, hari pun dah nak hujan, sepanjang perjalanan dalam hutan tu agak gelap dan bunyi guruh buat adik-adik ni takut. Masing-masing berzikir nak hilangkan rasa takut. Sampai je kat kem hari pun hujan, adik-adik pun kelam kabut la lari masuk dorm. Kami yang fasi-fasi pulak ada meeting sebelum Abang Daus lepaskan kami main hujan hahaha... Memang best ! Kuyup jadinya...

Malam pula kami ada sesi Art Therapy, haaa apa pulak bendanya tu. Okay malam tu kami duduk dalam kumpulan masing-masing dan adik-adik ni diberi sorang satu kertas. Muka surat pertama mereka perlu melukis gambar yang menceritakan kenangan manis yang mereka pernah lalui. Macam-macam lukisan yang adik-adik ni lukis, ada gambar pantai, gambar hutan, gambar family. Dan muka surat kedua mereka perlu melukis gambar yang menggambarkan emosi mereka. Sedih, marah, bengang, geram, sakit hati semua diluahkan melalui lukisan. Macam-macam gambar yang adik-adik ni lukis dan yang dahsyat. Dah habis melukis tu mereka perlu berkongsi cerita dengan fasi-fasi kumpulan mereka. Saya handle 3 orang dan Jue pulak 7 orang, kesian Jue tapi adik yang 3 orang ni cerita mereka complicated. Ada yang menangis, ada yang marah, ada yang stress...

Selepas Art Therapy, aktiviti malam kita iaitu Night Walk. Bila sebut je adik-adik ni dah mula cuak, ada jugak yang menangis sebab takut. It's okay kami ada :) Mula-mula mereka berjalan beramai-ramai menuju ke hutan bersama-sama fasi-fasi. Sampai satu tempat, orang yang bawak kami tu pun bagitau di mana kami berada masa tu. Ye kami berada dia Kubur Orang Asli. Apalagi mengucap adik-adik ni... Saya pun ikut mengucap, bukan takut tapi kesiankan adik-adik ni.

Sampai di tempat yang sepatutnya, adik-adik ni diminta duduk dan berzikir. Kami yang fasi-fasi dipanggil untuk meeting sebelum dilepaskan berpasangan untuk jaga check point. Saya berpasangan dengan Nurul dan kami terpaksa menyorok supaya adik-adik tu tak nampak kami, tapi rupa-rupanya adik-adik tu nampak kami tapi diam je. Yela buat apa nak terkejut tengok fasi kan... Haishh ingatkan dapat menyorok. Hampir 2 jam kami kena menyorok sampai lenguh-lenguh kaki kami dan macam-macam gelagat kami tengok adik-adik ni. Ada yang berzikir, bernasyid, berdoa minta ampun dan ada jugak setiap tiga langkah sebut hoot hoot. Haha takut betul adik-adik ni. Bila dah sampai nampak sangat muka lega mereka.

Habis night walk masing-masing tak sabar nak balik dorm sebab ngantuk. Ye kami pun tak sabar !

Hari terakhir

Lepas breakfast Abang Daus ajar cara nak fokus dan exercise minda. Mula-mula cantumkan hujung jari-jari kita, pusing-pusingkan ibu jari kita untuk beberapa dan berhenti, then jari telunjuk pula dan seterusnya. Lepas tu kami main game gari, tau game gari ? Alaaa yang ikat tali rapia deat dua-dua tangan dan silangkan tali tu dengan tali kawan kita. Siapa yang pernah main tahu la. Habis main game mereka pun dibenarkan mandi sungai dan fasi-fasi pun tak lepaskan peluang nak mandi sama.

Selepas bergembira mandi sungai kami ada aktivti berkumpulan. Jauh tempat yang kami cari supaya takde orang dengar.

Apa yang mereka perlu buat ? Hmm....

1. Apa kehebatan yang ada dalam diri ?

Mereka perlu lukis 6 kotak dalam kertas A4 dan tajuk setiap kotak ialah mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan otak. So mereka perlu senarai apa kehebatan/kelebihan yang ada dalam diri mereka. Kalau mata apa kehebatannya, contoh boleh melihat dalam gelap, boleh nampak apa yang orang tak nampak. Tangan pulak boleh menderma, sedekah, membantu orang lain.

2. Lukisan lambang mercedes

Mula-mula lukis gambar lambang mercedes yang ada bentuk tiga segi dalam bulatannya. So segi tiga yang mula-mula kena senarai apa azam kita. Senarailah banyak mana pun dan kena selalu baca supaya tak lupa apa yang kita nak. Segi tiga kedua, senarai azam untuk tahun ini. Apa yang kita nak buat tahun ni dan mesti baca selalu. Seterusnya yang terakhir senaraikan impian untuk masa depan. Nak jadi apa ? Nak buat apa ? Senaraikan banyak-banyak dan baca.

3. Buang perkara negatif dalam badan

Ambil satu kertas dan senaraikan perkara negatif dalam diri kita. Dah senaraikan, renyukkan kertas tu dan berazam pada diri 'Aku nak buang perkara-perkara negatif dari diri aku. Aku nak jadi yang lebih baik.' Then buang dalam jamban dan flush. Hahaha...

Haaa kawan-kawan blogger boleh la cuba cara ni, mana tau boleh tambah semangat dalam diri kita.

Habis saja aktiviti berkumpulan, kami solat dan makan. Then masa untuk berpisah. Hmm bunyi sedih je...

Alhamdulillah selesai semuanya dan kami balik dengan selamat :)

Tanjung Piai, Johor

Assalamualaikum...
Haaa post ni sepatutnya dah lama dipost tetapi disebabkan jarang bukak komputer and adik je yang selalu duk depan komputer so saya takde kesempatan nak menulis. Meh saya nak citer pasal saya pergi Tanjung Piai. Sebelum ni dah pergi dah, memang keadaan resort tak la semewah hotel atas laut yang lain, tapi kali kedua pergi fuhhh semua dah berubah. Memang cantik ah sebab dulu bilik-bilik semuanya papan sekarang dah batu. Makanannya memang tiptop ! 4 orang makan pun tak larat nak habiskan sebab lauknya satu jenis pun dah banyak.

Okay lets read ! Selepas 3 hari 2 malam di JB, kitorang terus ke destinasi seterusnya, TANJUNG PIAI *again*. Ayah masih dengan hobinya iaitu memancing. Sebelum tu ibu nak jejalan dekat Johor Premium Outlets, penuh dengan barangan branded dan yang paling murah RM60. Fuhhh kalau baju bebudak maybe murah sikit. Coklat yang paling murah RM2 tu pun yang peket kecik. 



Kitorang cuma shopping coklat dan baju Nike.
Coklat ni pun dah sampai RM147.

Sampai je Tanjung Piai, terkejut dengan pembaharuan resort tu. Memang dah cun ah semua.


Maap la sebab tangkap karpet lap kaki je, tak tangkap pintu gerbangnya. Pintu gerbangnya dekat camera lagi satu and lupa nak masukkan. Dengan malasnya saya pun tak masukkan laa...




Haaa ni rumah kitorang dekat sana (konon rumah). Kitorang tak ambik yang menghadap laut lepas. Yang menghadap laut lepas memang cantik, boleh nampak Singapore. Waktu malam memang lawa pemandangan Singapore tu dengan lampu-lampu. Haaa kalau nak pancing dari dalam bilik pun boleh sebab bawah tu laut.

Petang kitorang jejalan dekat Kukup. Kitorang naik bot nak tengok perkampungan nelayan. Serious kat Kukup memang ramai nelayan. Nelayan tu semua duduk atas laut dan setiap tempat ada nama tersendiri, tapi kebanyakannya Chinese. 




Taman Negara Kukup.
Tapi taman ni tutup awal. Kitorang tak dapat masuk padahal time tu baru pukul 4 petang. So taktau la apa yang ada di dalam sinun...


Haaa kenal tak apa ni ? It's a starfish. Patrick !
But it's dead.


Ni tiram, masih hidup tapi dorang tak pernah try bukak.
Kalau bukak agak-agaknya ada mutiara ke tak....


Nampak tak ikan-ikan tu melompat keluar dari air ? Haaa time tu dorang tengah bagi makan. Kebulur benor ikang-ikang tu sampai melompat-lompat. Habis la air busuk terpercik kena baju yang cantik lagi "mahal"...

Esoknya pula kami akan menuju ke destinasi terakhir, iaitu Sungai Mati, Muar yang merupakan kampung halaman terchenta... Tapi sebelum tu kitorang nak melunaskan impian kitorang dengan menjejakkan kaki di penghujung benua Semenanjung Malaysia..." Tahniah ! Anda kini telah berada di penghujung selatan tanah besar Asia ! " Ter-excited sekejap bila sampai dekat globe tu. Kitorang disambut dengan angin yang tak la sempoi-sempoi bahasa pun sampai rasa nak terbang jadinya. Time ni nak hujan tu yang angin kuat.
Bangga akhirnya sampai jugak.


Haaa time on the way nak ke penghujung benua tu, korang akan nampak quotes sepanjang perjalanan. Boleh motivate sikit diri kita ni...