Tanjung Piai, Johor

Assalamualaikum... 

Malam jumaat saya dan family balik ke kampung. Hari Ahad baru ke Tanjung Piai. Sabtu hari yang paling best sebab ayah belikan gitar. Hiks ~

Ahad (25/12/2011)

Actually, 25 tu anniversary ibu dan ayah.

Happy Anniversary Ibu,Ayah !

Okay, kami check in pukul 2.00 petang di Tanjung Piai Resort. Kami lepak-lepak dalam bilik dulu. Makan kacang, roti and kuaci. Ayah pulak tak habis-habis dengan pancing.

Kami di PENGHUJUNG BENUA ASIA !

Saya nampak Singapore. Malam-malam memang cantik !

Ayah dengan adik tak sabar-sabar nak memancing. Angin time tu kuat sangat sampai semua barang terbang-terbang.



pose atas kerusi ><

Angin makin lama makin kuat, so kami decide masuk bilik. Lepas tu keluar pergi ronda-ronda kat Kukup. Shopping-shopping dulu kat Kukup.





Malam pula kami dinner kat hotel. Malas nak keluar. Nasi gorengnya tersangatlah pedas. Cili api kowt... 

Lepas makan-makan, ayah dan adik nak memancing lagi. Sampai pukul 12 kami tunggu ikan  tapi tak muncul-muncul jugak. Saya ngan ibu dah menguap je... Mengantuk. Atuk dah naik bilik dulu dah. Ayah dan adik yang tak putus asa, nak tunggu jugak ikan tu makan umpan dorang. Yg pelik umpan habis dimakan tp ikan takde satu pun yg tersangkut. Bila semua dah kesejukan baru ayah ngan adik nak balik.




Isnin (26/12/2011)

Last day kami di Tanjung Piai. Lepas breakfast, ayah ngan adik nak pergi memancing lagi sebab tak puas hati ikan tak dapat-dapat. Dah 2 jam kami tunggu tapi sekor pun tak dapat. Dah penat menunggu, ikan tak dapat langsung...





Kesian ayah. Ayah pergi sana semata-mata nak memancing tapi sekor pun tak dapat. Takpelah, takde rezeki. Ayah tak habis-habis menyanyi ' Kecewa.... '

Lepas check out kami nak melawat National Park Tanjung Piai. Tapi sesuatu yang tak diduga berlaku. Masa kami sampai, tiba-tiba air melimpah dari atas tangga. Saya ingat memang dorang saja-saja buat macam tu. Rupa-rupanya air laut naik. Memang air laut tinggi masa tu. Benteng yg ada pun tenggelam. Tapi yang best kami main air kat National Park tu. Haha~



Yang sedih, kami tak dapat masuk National Park tu sebab takut tempat parking banjir. 



Main air


Banjir

Selepas tu, kami singgah kat tepi laut. Makan rojak petis, pisang goreng and cendol. Dan saya first time tengok keropok lekor warna kuning. Kuning sebab salut ngan tepung. Sedap....

Dalam perjalanan nak balik ke Muar, ayah tiba-tiba teringin nak makan asam pedas. So, kami singgah di Medan Asam Pedas. Semuanya gerai asam pedas. Sedap.... Medan Asam Pedas tu berhampiran dengan perkampungan nelayan.