Kami yang Terakhir


Assalamualaikum awak-awak semua :)


' Setiap manusia akan kembali kepada Penciptanya. '

Nenek : Qin, nyang dah tenat. 
Aku : Dah tenat ? Teruk ke ?
Nenek : Teruk... Mata dia pandang kat atas, mulut mcm nak ckp tp tak boleh, kaki asyik menendang.
Aku : Allah dah buka 'kain' yg tutup mata nyang, nek. Dia dah tak nampak dunia, dia cuma nampak yg ghaib je. Hmm kita doa je ye, nek.
Nenek : Hmm... bila ibu kau nak jenguk nyang ?
Aku : Entahla... Kita tengokla nanti, ibu pasti jenguk.


Malam Khamis (11.00 malam)

Ibu : Bang, jom jenguk atuk.
Ayah : Hah ?
Aku & Haqim : Jenguk nyang ? Jom !!!
Ibu : *senyum*  Jom ?
Ayah : Okay jom !

Setelah sampai, ibu dan ayah membaca yasin. Setengah jam kemudian kami pulang.

Dalam hati aku berkata, ' Terima kasih yg Allah kerana telah membuka pintu hati ibuku tadi '

(Esoknya) Jumaat, jam 12.00 tengah hari

Semasa menunggu van untuk ke sekolah, tiba-tiba....

MakCik Yus : Qin, cakap kat MakTam yg atuk dah takde.
Aku : Hah ?! Nyang dah takde ?!
MakCik Yus : A'ah *sayu*

Aku berlari ke rumah NekTam dengan air mata yang tak berhenti mengalir.

Aku : NekTam !
NekTam : Ye, Qin ?
Aku : Nyang dah takde.
NekTam : Dah takde ? Inalillah.....
Aku : Tolong bagitau nenek eh. Nenek kat Kajang.
NekTam : Okay-okay.

Aku pergi ke sekolah dengan linangan air mata. Kuyup tudungku dengan air mata. Aku terpaksa pergi ke sekolah sebab ada lisan. Di sekolah, hanya air mata yang mengalir, mulut terkunci.


Namun, aku tertanya-tanya,

    ' Kenapa aku menangis ? Aku tidak pernah rapat dengan arwah, hanya senyuman yang aku lemparkan ketika hayatnya '

Kini, soalanku terjawab,

    ' Kerana aku ini cicitnya, cucu kepada anaknya, anak kepada cucunya. Darahnya mengalir di dalam badanku. Aku generasinya ! '

Semua saudar mara aku kata : 

' Arwah teringin nak jumpa ibu kau sebab ibu kau sorg je yg belum melawat arwah. '

Semoga arwah ditempatkan di sisi-Mu, Ya Allah.

NotaKaki : Kisah realiti. Sebab apa ibu susah nak terbuka hatinya, biarlah rahsia.