Jakarta-Bali

Assalamualaikum...
Pada 30/11/12 hingga 4/12/12, kami sekeluarga bercuti di Jakarta dan Bali selama 5 hari di Indonesia.
3 hari 2 malam di Jakarta dan terbang ke Bali selama 3 hari 2 malam.
Bersama-sama 4 lagi orang kawan ayah, Uncle Mat, Abg Epi, Abg Poji dan Abg Fazirul.
Sangat menyeronokkan !


Sempat bergambar


Beratur untuk timbang beg


Minum-minum di Oldtown White Coffee sebelum masuk flight


Ini gambar kami di KLIA.
Bersedia untuk masuk ke dalam Malaysia Airlines (MAS) 

Sampai di airport Jakarta, kami tunggu pemandu pelancong datang jemput.
Masa tu jam baru pukul 6 petang tapi suasana dah gelap macam pukul 7.30 kat Malaysia.
Masa berjalan nak pergi ke van, saya ternampak pelakon Rizky Nazar (Alex, Cinta bersemi di putih abu-abu)
Nak tegur tapi tak sempat sebab nak kejar masa.
Hari pun dah gelap.

Dalam perjalanan, sepanjang perjalanan jam.
Kereta tak bergerak-gerak.
Bila tanya dekat pemandu kenapa jam, sebab semua orang Jakarta akan pergi ke Bandung bila hari sabtu dan ahad.



Kami singgah makan dekat Kedai Simpang Raya.
Makan Nasi Padang.

Indonesia sangat sangat berbeza dengan Malaysia.
Malaysia mewah.

Selesai makan, kami terus ke hotel.
Check in dan nak rehatkan badan yang dah penat sangat... 
Kami menginap di Best Western Hotel, berhampiran dengan Mangga Dua.



Keesokannya...

Selepas breakfast kami terus bertolak ke Taman Safari.
Sepanjang jalan jam teruk...
Orang Indonesia sebut ' macet '
Selama dua jam kami dalam minibus sebab jam teruk, kereta tak bergerak-gerak.

Sampai saja di Safari terus bayar dan terus masuk.
Masuk saja, haiwan-haiwan disekeliling minibus kami.
Yang paling seram bila harimau lalu sebelah minibus kami. 
Macam yang dekat Melaka tu....



*click the picture*

Hari ketiga... 


CHECK OUT!


Best Western Hotel


check out


Airport Jakarta. Menunggu flight ke Bali.


Bali, Aku Datang !

Sudah sampai Bali. Bali memang banyak patung sebab orang sana beragama hindu.
Bali is a nice place !




Patung-patung yang ada sepanjang jalan



Hari keempat...

Kami pergi menonton teater Barong.
Sampai je kat tempat tu bulu roma dah naik.
Okay kat tempat tu memang banyak makhluk halus.
I can feel and see.



Barong

Selepas tu kami menuju ke Pulau Penyu.
Yohoo !
Cuaca agak panas masa tu...



Menuju ke Pulau Penyu dengan menaiki bot

Sudah tiba !



Bergambar bersama anak penyu



Iguana !


Helang ataupun di Indonesia panggil Garuda


Kelawar



Ular.
Ayah takut ular *hehehe


Mak penyu



Menikmati air kelapa di Pulau Penyu...

Dah habis tengok penyu, main dengan ular, kami menuju ke Jimbara.
Tempatnya sangat luas dan banyak patung besar...





Patung orang








Patung Garuda






Saya tak ingat patung ni melambangkan apa


Kedai sourvenir



Kalau ikut orang lelaki, memang pantai je yang dorang cari...


Tangga menuju ke pantai sangatlah tinggi


Candid


Hari terakhir...
Sebelum balik ke Malaysia, kami singgah melawat Tanah Lot.
Patutla ramai yang suka ke sini sebab banyak barang-barang sourvenir yang murah-murah.
Kalau pergi awal, lagi murah kita dapat tawar.





Antara kuil yang popular di Bali


Jalan-jalan di Tanah Lot

Kalau sudah sampai Bali, jangan lupa datang ke Tanah Lot.
Kata Uncle Mat ' Kalau tak ke Tanah Lot tu bukan Bali namanya... '


Jam 5 petang kami tiba di airport Bali.
Bersedia untuk pulang ke Malaysia !


That's all...
Banyak lagi tempat menarik tapi tak sempat ke sana.
Mungkin lain kali...

Nantikan cerita percutian kami...