Melaka

Assalamualaikum...

Selepas tiga hari di kampung, kami terus menuju ke destinasi yang dituju iaitu Melaka!

Masuk bilik, rehatkan badan dulu. Kami menginap di Shah Bandar selama 2 hari 1 malam. Petang pula kami ronda-ronda bandar bersejarah ini. Memang bersejarah betul ! Sepanjang jalan ada bangunan-bangunan bersejarah.



Ayah bawa kami menaiki Taming Sari. Awesome ! Seperti duduk di dalam cermin kaca. Nasib baiklah kami  ni tak gayat bila naik tempat tinggi. Taming Sari mengambil masa lebih kurang 7 minit untuk naik dan turun. Pemandangnnya sangat cantik, terutama pada waktu malam.






Selepas naik Taming Sari, kami menikmati pengalaman menaiki River Cruise di Melaka. Banyak pengetahuan tentang pembangunan Melaka kita akan dapat. Melaka River Cruise ni mengambil masa lebih kurang 40 minit. Ada Kampung Morten a.k.a Kampung Hidup yang wujud sejak tahun 1990an seingat saya. Rumah-rumahnya kecil seperti replika. Lagi, ada Villa Sentosa yang penuh dengan perabot tradisional, baju tradisional dan senjata-senjata zaman dulu. Ada juga Rumah Melayu Sebenar, atapnya dicat seperti bendera Malaysia. Next, ada Pasar Besar Melaka yang wujud sejak tahun 1990an. Ada juga Theme Park, taman tema air.








Yang menarik perhatian semua pelancong bila naik River Cruise ni, kita dapat melihat lukisan-lukisan pada bangunan-bangunan yang melambangkan identiti Melaka. Jambatan Hang Tuah yang dihiasi lampu-lampu. Air pancut berirama, Kampung Jawa, Padang Niru, Jam Besar, Kincir Air yang besar dan perkampungan masyarakat Baba dan Nyonya.

Keesokannya...

Kami check out dan terus menuju ke Port Dirkson. Sebelum ke PD, kami melawat dulu Taman Botanikal Melaka. Kami cycling masuk ke dalam Taman Botanikal tu. Taman tu terlalu besar dan kami tak habis melawat lagi. Penat tersangat-sangat bila kayuh basikal naik bukit.

Pengetahuan yang saya dapat sikit sebab tak sempat tulis note. *hiks ><

- Pokok Canarium Littorale adalah pkok besar. Papan lapis dan papan lantai diperbuat daripada pokok ini.
- Pokok Garcinla Parvifolia
- Pokok Kembang Semangkuk Benir
- Pokok Eugenia spp (kelat) ada kita belajar masa Form 3. Pokok berakar besar.
- Pokok Keranji adalah pokok terbesar dan kita boleh buat rumah pokok.
- Pokok Keruing Condol


 


Selepas penat cycling kat Taman Botanikal, kami singgah minum coconut shake.
Sedap !
Beratur punyalah panjang dan kedainya sentiasa full.
Terpaksa tunggu orang lain habis makan...



Coconut Shake



Nampak sedap !


That's all.
Jumpa lagi dalam percutian yang akan datang...