Cara nak lebih focus

Assalamualaikum...

Sekarang saya tengah midyear exam. Agak teruk rasanya sebab time midyear banyak sangat benda yang kena handle, so result tak berapa nak memberangsangkan. Mesti ibu ayah marah bila tengok result nanti. Apa yang bakal mereka kata, maybe ' Macam mana nak spm kalau macam ni result ? ' ataupun ' Budak sains bukan macam ni. ' Ye bukan sengaja nak main-main, study still study. I'm trying to do my best. 

So actually kat sekeliling kita banyak benda yang boleh melekakan kita daripada study. Macam handphone, iPad, TV, novel dan majalah. So cara kita nak study macam ni...

Tempat sunyi

Kita kena cari tempat sunyi supaya kita lebih focus dekat apa yang kita belajar. Kalau study pagi-pagi lebih afdhal sebab takde sesiapa nak ganggu dan suasana tenang. Macam ni kita boleh la tumpukan dekat apa yang kita belajar.

Doa

Sebelum kita nak mulakan ulang kaji, doa tu penting. Kita kena dapatkan keredhaan Allah. Kalau tak apa yang kita study tu tak semuanya masuk ke otak kita. Mulakan baca doa dengan bismillah dan sebut nama Allah ' Alhamdulillahirabbil 'alamin..... ' dan akhiri dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. InshaaAllah...

Jangan bawa handphone, iPad dan sebagainya semasa study

Kalau handphone kat sebelah kita, memang confirm kita tak focus bila study. Sikit-sikit nak tengok handphone. Kot-kot ada text masuk ke, boyfriend call ke... No ! Semua tu perlu diabaikan untuk sementara. Tangan kita bukannya pegang buku nanti, tapi pegang phone... Novel pun sorok dulu, jangan letak kat depan mata. Nanti syaitan hasut kita supaya tak study. Lagi satu, jangan study depan TV, even tengah study math atau add math. Sebab bila tengok TV, mata kita akan terus menghadap ke TV.

Jangan makan semasa study

Kadang-kadang perut kita rasa lapar la, dahaga laa... Okay itu semua godaan. Kalau rasa lapar sangat, selawat. Sesungguhnya dengan menyebut nama Allah kita akan kenyang. Lepas habis study, baru pergi makan. Tapi kalau dah tak tahan sangat, makan je la. Nanti tak focus bila perut lapar...

Belajar di tempat yang selesa

Jangan belajar atas katil ! Bukannya study, tapi tidur nanti. Lagi satu, jangan study atas lantai sebab badan kita mula rasa lenguh, then kita akan meniarap sambil study. Masa tu jugak mata kita boleh terpejam.

Focus !

Kita remaja. Banyak masalah. Masalah kat rumah, masalah kat sekolah, masalah dengan boyfriend/girlfriend, masalah dengan kawan-kawan. Banyak benda yang kita akan fikir. So, kita abaikan dulu. Niat dalam hati yang kita nak belajar kerana Allah. InshaaAllah Allah akan tolong :)

Bila dah habis study tu, rehatkan minda. Jangan campur aduk masalah dengan study. Lagi satu, jangan tidur lewat ! Pukul 12 wajib tidur. Kalau nak study, tidur dulu untuk beberapa jam then bangun lebih kurang pukul 3 pagi untuk study. Badan kita pun nak rehatkan jugak. Paling kurang pun kita kena tidur 6 jam. Orang kata kalau kita selalu sangat tidur lewat ataupun tidur sekejap-sekejap, contoh tidur selama 1 atau 2 jam, kita nak memendekkan nyawa kita. Memang ajal di tangan Allah, tapi kita kena jugak jaga kesihatan kita.