Assalamualaikum...
Cuti sekolah ni korang tak pergi jalan-jalan ke ? Bercuti ke ? Calon PMR dan SPM tu saya faham, sebab saya pun calon SPM. Tapi saya pergi jugak bercuti *eceh. Baru je tadi balik dari kampung, dapat jugak lepaskan rindu kat atuk. Alang-alang balik kampung, singgah dulu kat kedai jual kain. Nak beli baju raya lah konon... Dapat dua pasang *ehem. Satu untuk hari raya pertama, warna tema tahun ni turquoise.
Ayah memang suka jalan-jalan. Kononnya nak pergi tengok kebun... Sampai ke sawah padi adalah. Haqim pulak kebetulan kena buat buku scrap, so dia pun snap-snap gambar sawah. Saya pulak jenis yang suka bergambar dan tangkap gambar, almaklumlah nak jadi photographer.
Kami pergi waktu padi masih baru ditanam dan belum lagi menguning. Tengok kanan, sawah. Tengok kiri, sawah. Rasa tenang je... Saya yang jakun tengok sawah kerja tangkap gambar je. Almaklumlah KL mana ada sawah. Lepas SPM nak duduk kampunglah, tenang je...
Malam pulak...
Haqim dah cadangkan makan kat Sabak Awor. Makan ikan bakar ! Saya memang suka makan ikan bakar kat Muar. Sabak Awor ni popular, ramai orang datang sampai ada yang berdiri tunggu turn. Kalau nak try, datanglah, tapi jangan sesat. Yang paling malasnya, kita tunggu makanan satu jam, makan setengah jam je. Betapa ramainya orang...
Silalah datang ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor
Sebelum
Selepas
Kalau nak try, silalah. Kalau sesat, GPS kan ada.
Tunggu entry akan datang...
Bercuti ke Kelantan !