Legoland Malaysia

Mula-mula nak jejalan je kat area luar legoland tu, lepas tu si Haqim excited nak masuk theme park. Alang-alang dah sampai masuk je la kan. Nanti orang tanya best tak pergi legoland, takde la gagap nak jawab. Hehe...

Masuk-masuk je dah melawat kedai souvenir. Dah cop dah barang-barang yang nak dibeli nanti. Lego-lego yang ada kat sini takde dekat tempat lain, kalau ada pun susah nak dapat. Dan semua lego-lego kat sini mahal. Paling murah 10 tu pun yang kecik. Key chain pun nak dekat 20 hinggit. Normal la kalau kat tempat-tempat cenggitu.



Legoland ni besar and ada dua tempat, theme park dengan water park. Kalau nak pergi dua-dua korang kena ada kat sana dalam pukul 8 pagi sebab korang takkan sempat melawat semua and nak mandi-mandi lagi. Kitorang pergi theme park je, water park next time. Boleh menginap dekat hotel legoland yang akan dibuka pada tahun 2014. Semua yang ada dekat sini kebanyakannya diperbuat daripada lego-lego kecik yang digam.



Sampai je dah ramai orang beratur.
Nampak je ramai sebenarnya yang ramai tu bila satu family duk pi beratur sekali.


Baca peta sebelum nak pergi pusing-pusing kat Legoland ni.
Senang nak cari tempat yang kita nak pergi.




Taj Mahal.
Dibina atas dasar cinta Shah Jahan terhadap Mumtaz Mahal.



Terletak di Singapore.
Tempat pelancongan yang famous sebab ada Universal Studios.




Eyes On Malaysia ?
No, it's not. Nampak sama tapi sebenarnya lain, ni terletak di Singapore.
Kalau korang nak tau Eyes On Malaysia dulu terletak di Tasik Titiwangsa dan sekarang berpindah ke Melaka.
Saya pernah naik time kecik-kecik dulu, masa dekat Titiwangsa.
Seriously tinggi dan yang paling kecut perut bila dia stop betul-betul kat atas sekali.







Kalau tengok sekali pandang gambar ni, macam real kan.
Kalau korang ke sana, korang akan dengar banyak bunyi. Ada bunyi bas, kereta, kereta api.
Ada jugak bunyi kapal terbang dengan bot.



Ada jugak PSY buat persembahan.
Oppa Gangnam Style !

Kat sini ada 3 roller coaster. Mula-mula kitorang naik Project X, agak kecut perut jugak walaupun sekejap. Tapi yang paling bising ayah haha... Sebelum naik lagi dah bising sampai la habis. Lepas tu ada hati nak naik yang lagi dahsyat. Haqim la suka sangat cabar terus ayah rasa tercabar. Tapi cool la dorang berdua sebab berani naik. Ibu trauma sebab dulu time muda-muda pernah naik. Lost Kingdom bosan sikit.


Ni Project X


Ni pintu masuk nak ke Lord of Kingdom.
Roller coaster paling extreme kat sini.


Gambar ni tak jelas.
Ayah dengan Haqim duduk dekat belakang sekali.



Haaa budak-budak yang suka dengan patung-patung ni boleh dapatkannya.
Tapi kena lalui cabaran dulu. Kalau menang, baru dapat.

Dah habis jejalan kitorang terus pergi kedai souvenir untuk SHOPPING. Haqim yang tengah poket tebal rambang mata taktau nak beli yang mana. Dia memang suka buat koleksi robot, lego dan kereta. Nasib baik harganya mahal, kalau setakat 20 ke 30 hinggit dah lama dia borong.