Assalamualaikum...
Haaa post ni sepatutnya dah lama dipost tetapi disebabkan jarang bukak komputer and adik je yang selalu duk depan komputer so saya takde kesempatan nak menulis. Meh saya nak citer pasal saya pergi Tanjung Piai. Sebelum ni dah pergi dah, memang keadaan resort tak la semewah hotel atas laut yang lain, tapi kali kedua pergi fuhhh semua dah berubah. Memang cantik ah sebab dulu bilik-bilik semuanya papan sekarang dah batu. Makanannya memang tiptop ! 4 orang makan pun tak larat nak habiskan sebab lauknya satu jenis pun dah banyak.
Okay lets read ! Selepas 3 hari 2 malam di JB, kitorang terus ke destinasi seterusnya, TANJUNG PIAI *again*. Ayah masih dengan hobinya iaitu memancing. Sebelum tu ibu nak jejalan dekat Johor Premium Outlets, penuh dengan barangan branded dan yang paling murah RM60. Fuhhh kalau baju bebudak maybe murah sikit. Coklat yang paling murah RM2 tu pun yang peket kecik.
Kitorang cuma shopping coklat dan baju Nike.
Coklat ni pun dah sampai RM147.
Sampai je Tanjung Piai, terkejut dengan pembaharuan resort tu. Memang dah cun ah semua.
Maap la sebab tangkap karpet lap kaki je, tak tangkap pintu gerbangnya. Pintu gerbangnya dekat camera lagi satu and lupa nak masukkan. Dengan malasnya saya pun tak masukkan laa...
Haaa ni rumah kitorang dekat sana (konon rumah). Kitorang tak ambik yang menghadap laut lepas. Yang menghadap laut lepas memang cantik, boleh nampak Singapore. Waktu malam memang lawa pemandangan Singapore tu dengan lampu-lampu. Haaa kalau nak pancing dari dalam bilik pun boleh sebab bawah tu laut.
Petang kitorang jejalan dekat Kukup. Kitorang naik bot nak tengok perkampungan nelayan. Serious kat Kukup memang ramai nelayan. Nelayan tu semua duduk atas laut dan setiap tempat ada nama tersendiri, tapi kebanyakannya Chinese.
Taman Negara Kukup.
Tapi taman ni tutup awal. Kitorang tak dapat masuk padahal time tu baru pukul 4 petang. So taktau la apa yang ada di dalam sinun...
Haaa kenal tak apa ni ? It's a starfish. Patrick !
But it's dead.
Ni tiram, masih hidup tapi dorang tak pernah try bukak.
Kalau bukak agak-agaknya ada mutiara ke tak....
Nampak tak ikan-ikan tu melompat keluar dari air ? Haaa time tu dorang tengah bagi makan. Kebulur benor ikang-ikang tu sampai melompat-lompat. Habis la air busuk terpercik kena baju yang cantik lagi "mahal"...
Esoknya pula kami akan menuju ke destinasi terakhir, iaitu Sungai Mati, Muar yang merupakan kampung halaman terchenta... Tapi sebelum tu kitorang nak melunaskan impian kitorang dengan menjejakkan kaki di penghujung benua Semenanjung Malaysia..." Tahniah ! Anda kini telah berada di penghujung selatan tanah besar Asia ! " Ter-excited sekejap bila sampai dekat globe tu. Kitorang disambut dengan angin yang tak la sempoi-sempoi bahasa pun sampai rasa nak terbang jadinya. Time ni nak hujan tu yang angin kuat.
Bangga akhirnya sampai jugak.
Haaa time on the way nak ke penghujung benua tu, korang akan nampak quotes sepanjang perjalanan. Boleh motivate sikit diri kita ni...