Assalamualaikum kawan-kawan blogger...
How are you ? Good...
Kalau semua baik-baik saja, meh saya nak kongsi pengalaman saya sebagai fasi. Baru-baru ni saya mencabar diri saya untuk menjadi seorang fasilitator dalam satu kem yang melibatkan pelajar sekolah agama. Motif utama saya nak jadi fasi sebenarnya untuk menambah keyakinan diri. Sebelum ni saya bukanlah seorang yang berani ketika berdepan dengan ramai orang...
Alhamdulillah adik-adik ni semuanya baik dan kita pun senang berkawan dan rapat dengan mereka. Dengar cakap, tak degil dan yang penting mereka happy. Banyak benda yang saya belajar sepanjang mengikuti kem ni. Belajar bersabar, melawan ketakutan, cara merendah diri, cara nak kuatkan semangat. Lagi satu saya jenis yang suka cakap direct and lepas, tapi saya bukan mencarut. Kadang-kadang orang terasa dengan apa yang saya cakap. Saya cuba jaga kata-kata saya tapi still ada yang terlepas cakap.
Dalam kem ni jugak saya belajar macam mana nak kongsi cerita dan memberi kata-kata positif kat adik-adik ni. Kita kena buat adik-adik ni rasa percayakan kita dan mereka nak berkongsi cerita dengan kita. Motif kita buat macam tu hanyalah untuk membantu adik-adik ni keluar dari belenggu hidup yang membuatkan mereka rasa stress. Cara ni pun boleh buat adik-adik ni rasa lega.
Mula-mula kami berkenalan, adik-adik ni nampak pendiam dan tak hyper. Normal la sebab masih baru... Tapi lepas perkenalkan diri semuanya jadi sporting. Macam-macam game kami bagi dorang main supaya takde la rasa bosan je kan... Hari kedua dekat kem memang hari yang memenatkan sebab jungle tracking. Hampir 2 jam kami mendaki... Alhamdulillah kami dapt belajar macam-macam benda. Malamnya kami buat night walk untuk adik-adik ni. Normal la kalau ada yang menangis sebab takut, 1001 kata-kata semangat kami bagi untuk adik-adik ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
Walaupun night walk paling mencabar bagi dorang, tapi itu la yang paling dorang ingat dan happy. Macam-macam respons yang positif dorang share dengan kami. Semuanya lancar dan dipermudahkan...
Hari pertama
Pagi-pagi fasi-fasi dah duduk kat dewan untuk menyiapkan kerja-kerja yang patut kami lakukan sambil menunggu adik-adik datang. Mereka datang dalam pukul 4 lebih dan kami menyambut mereka. Sampai saja mereka dekat kem, kami kumpulkan mereka di dewan untuk taklimat daripada Abang Daus.
Abang Daus pun terangkan apa yang patut adik-adik ni buat, jaga diri, dengar arahan dan lain-lain. Selesai taklimat, mereka diarahkan solat dan selepas itu Amili yang dah biasa handle ice breaking macam-macam game dia ajak adik-adik main. Kami pun tak lepaskan peluang main game hehe... Dah penat main game adik-adik ni pun dah lapar, Jue selaku AJK makanan bersiap sedia dengan minum petang untuk adik-adik ni.
Malam pula selepas solat isyak kami, fasi-fasi dibahagikan group. Saya pula fasi baru dan baru pertama kali join program macam ni, so saya berpasangan dengan Jue duduk dalam satu kumpulan. Dalam kumpulan tu ada 10 orang pelajar darjah 5 & 6, nama-nama mereka (Aida, Ainin, Fatin, Fify, Afreen, Danisha, Nurin, Aina, Julia, Zhaf). Macam-macam mereka memperkenalkan diri masing-masing dan bercerita serba sedikit tentang diri mereka. Bila dah kenalkan diri rasa macam rapat dengan mereka dan boleh bergurau senda, mereka pun tak rasa awkward dengan kami. Nama kumpulan kami "The Roar of Tigers" hebak mu... Banyak jugak idea adik-adik ni nak bagi nama group, nak buat trademark. Alhamdulillah mereka dapat sesuaikan diri dengan kami berdua.
Dah habis discuss pasal group, sambil tunggu masa habis kami pun main game 'buaya biawak'. Okay saya mengaku saya tak pandai main game ni dan itu first time saya main. Mula-mula confuse jugak main asyik silap je. Then dah habis suai kenal mereka pun dilepaskan untuk minum malam dan balik ke dorm masing-masing.
Hari kedua
Awal betul adik-adik ni bangun, pukul 4 dah bangun. Daebak ! Bagus-bagus semangat macam ni yang kami nak. Lepas solat subuh, kami ajak adik-adik senaman dan main game 'salah benar salah benar'. Haha first time dengar dan main.
Dipendekkan cerita selepas breakfast kami pun meneruskan aktiviti seterusnya iaitu Jungle Tracking. Hampir dua jam kami mendaki dan melihat ciptaan Allah yang sangat indah. Keindahan Allah memang boleh ubat duka dan lara kita *eceh*. Sepanjang mendaki adik-adik dah merungut dah dan tak habis-habis tanya bila nak sampai. Hmm masa ni la kita kena mind set, kata dekat je lagi dekat je lagi. Automatik kaki kita laju je melangkah sebab nak cepat sampai.
Alhamdulillah kami sampai di tempat lapang dan berehat sebelum meneruskan pendakian kami. Kami kena mendaki lagi untuk mandi air terjun. Nak naik tu memang curam dan memenatkan. Ada sorang adik ni hampir putus asa sebab terlalu penat, tapi nasib Jue ada nak bagi kata-kata semangat. Jue yang dah nak hampir hilang semangat pun tetiba semangat bila bagi kata-kata semangat kat adik tu. Dan akhirnya kami berjaya sampai dan masing-masing dengan wajah penat tiba-tiba bertukar happy bila nampak air terjun. Apalagi mandi la !
Selesai bersuka ria mandi air terjun, kami pun turun semula ke tempat lapang tadi untuk solat dan lunch. Kami solat tanpa menggunakan sejadah dan telekung. Hmm siapa kata kita tak boleh solat atas tanah, bukan ada najis pun. Zaman Rasulullah saw pun solat atas tanah. Ambil wudu' dekat sungai dan solat atas tanah, dan perempuan pula solat tanpa telekung. Sebab itu la kita kena menutup aurat dengan sempurna, kalau nak solat pun senang, tak payah tunggu turn pinjam telekung.
Dalam pukul 3 kami turun semula ke kem, hari pun dah nak hujan, sepanjang perjalanan dalam hutan tu agak gelap dan bunyi guruh buat adik-adik ni takut. Masing-masing berzikir nak hilangkan rasa takut. Sampai je kat kem hari pun hujan, adik-adik pun kelam kabut la lari masuk dorm. Kami yang fasi-fasi pulak ada meeting sebelum Abang Daus lepaskan kami main hujan hahaha... Memang best ! Kuyup jadinya...
Malam pula kami ada sesi Art Therapy, haaa apa pulak bendanya tu. Okay malam tu kami duduk dalam kumpulan masing-masing dan adik-adik ni diberi sorang satu kertas. Muka surat pertama mereka perlu melukis gambar yang menceritakan kenangan manis yang mereka pernah lalui. Macam-macam lukisan yang adik-adik ni lukis, ada gambar pantai, gambar hutan, gambar family. Dan muka surat kedua mereka perlu melukis gambar yang menggambarkan emosi mereka. Sedih, marah, bengang, geram, sakit hati semua diluahkan melalui lukisan. Macam-macam gambar yang adik-adik ni lukis dan yang dahsyat. Dah habis melukis tu mereka perlu berkongsi cerita dengan fasi-fasi kumpulan mereka. Saya handle 3 orang dan Jue pulak 7 orang, kesian Jue tapi adik yang 3 orang ni cerita mereka complicated. Ada yang menangis, ada yang marah, ada yang stress...
Selepas Art Therapy, aktiviti malam kita iaitu Night Walk. Bila sebut je adik-adik ni dah mula cuak, ada jugak yang menangis sebab takut. It's okay kami ada :) Mula-mula mereka berjalan beramai-ramai menuju ke hutan bersama-sama fasi-fasi. Sampai satu tempat, orang yang bawak kami tu pun bagitau di mana kami berada masa tu. Ye kami berada dia Kubur Orang Asli. Apalagi mengucap adik-adik ni... Saya pun ikut mengucap, bukan takut tapi kesiankan adik-adik ni.
Sampai di tempat yang sepatutnya, adik-adik ni diminta duduk dan berzikir. Kami yang fasi-fasi dipanggil untuk meeting sebelum dilepaskan berpasangan untuk jaga check point. Saya berpasangan dengan Nurul dan kami terpaksa menyorok supaya adik-adik tu tak nampak kami, tapi rupa-rupanya adik-adik tu nampak kami tapi diam je. Yela buat apa nak terkejut tengok fasi kan... Haishh ingatkan dapat menyorok. Hampir 2 jam kami kena menyorok sampai lenguh-lenguh kaki kami dan macam-macam gelagat kami tengok adik-adik ni. Ada yang berzikir, bernasyid, berdoa minta ampun dan ada jugak setiap tiga langkah sebut hoot hoot. Haha takut betul adik-adik ni. Bila dah sampai nampak sangat muka lega mereka.
Habis night walk masing-masing tak sabar nak balik dorm sebab ngantuk. Ye kami pun tak sabar !
Hari terakhir
Lepas breakfast Abang Daus ajar cara nak fokus dan exercise minda. Mula-mula cantumkan hujung jari-jari kita, pusing-pusingkan ibu jari kita untuk beberapa dan berhenti, then jari telunjuk pula dan seterusnya. Lepas tu kami main game gari, tau game gari ? Alaaa yang ikat tali rapia deat dua-dua tangan dan silangkan tali tu dengan tali kawan kita. Siapa yang pernah main tahu la. Habis main game mereka pun dibenarkan mandi sungai dan fasi-fasi pun tak lepaskan peluang nak mandi sama.
Selepas bergembira mandi sungai kami ada aktivti berkumpulan. Jauh tempat yang kami cari supaya takde orang dengar.
Apa yang mereka perlu buat ? Hmm....
1. Apa kehebatan yang ada dalam diri ?
Mereka perlu lukis 6 kotak dalam kertas A4 dan tajuk setiap kotak ialah mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan otak. So mereka perlu senarai apa kehebatan/kelebihan yang ada dalam diri mereka. Kalau mata apa kehebatannya, contoh boleh melihat dalam gelap, boleh nampak apa yang orang tak nampak. Tangan pulak boleh menderma, sedekah, membantu orang lain.
2. Lukisan lambang mercedes
Mula-mula lukis gambar lambang mercedes yang ada bentuk tiga segi dalam bulatannya. So segi tiga yang mula-mula kena senarai apa azam kita. Senarailah banyak mana pun dan kena selalu baca supaya tak lupa apa yang kita nak. Segi tiga kedua, senarai azam untuk tahun ini. Apa yang kita nak buat tahun ni dan mesti baca selalu. Seterusnya yang terakhir senaraikan impian untuk masa depan. Nak jadi apa ? Nak buat apa ? Senaraikan banyak-banyak dan baca.
3. Buang perkara negatif dalam badan
Ambil satu kertas dan senaraikan perkara negatif dalam diri kita. Dah senaraikan, renyukkan kertas tu dan berazam pada diri 'Aku nak buang perkara-perkara negatif dari diri aku. Aku nak jadi yang lebih baik.' Then buang dalam jamban dan flush. Hahaha...
Haaa kawan-kawan blogger boleh la cuba cara ni, mana tau boleh tambah semangat dalam diri kita.
Habis saja aktiviti berkumpulan, kami solat dan makan. Then masa untuk berpisah. Hmm bunyi sedih je...
Alhamdulillah selesai semuanya dan kami balik dengan selamat :)