Jadi Sahabat Sejati

Persahabatan antara perempuan memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Kalau lelaki lebih cenderung akrab sebab aktiviti-aktiviti yang dorang buat, tapi perempuan jadi rapat sebab saling berkongsi cerita dan secret. Hubungan yang special ni membuat perempuan menjadi lebih berkeyakinan dan ada prinsip hidup yang kuat.

Selain saling mempercayai dan jujur, ada beberapa perkara yang perlu korang buat :

♥ Tunjukkan perasaan sayang korang such as buat suprise or beli something yang dorang suka tapi make sure tak merugikan korang or buat dorang ketawa...

♥ Be a good listener. Kalau member korang tengah sedih, hiburkan dorang. Tanya apa problem dorang, tapi kalau masalah peribadi, better jangan tanya. 

♥ Pastikan takde pape yang boleh merosakkan persahabatan korang. Takde istilah rampas BF kawan sendiri or melukakan hati.

♥ Pandai jaga rahsia.

♥ Selalu berpihak kepada kawan kalau kawan korang tu betul. Kalau ada attitude yang korang tak suka ngan kawan korang, better cakap secara peribadi.

♥ Kalau ada salah faham, jaga kata-kata, jangan serang kawan korang... 

♥ Minta maaf kalau korang ada buat salah or sakitkan hati kawan korang. Takyah takut nak mengaku...

Jadilah kawan yang sejati dan sentiasa berada di sisi kawan-kawan korang....