Assalamualaikum
30 May 2013 - 3 June 2013
Kitorang sekeluarga menuju ke Kelantan ataupun orang Kelantan panggil Kelate. Tujuan ke sana sebab ada kenduri kahwin, tapi tujuan utamanya nak bercuti *ehehe. Kitorang bertolak pagi, pukul 5. Actually masa dari KL ke Kelantan 7-8 jam, tapi disebabkan kitorang yang banyak berhenti, jadi sampai sana pukul 5 petang. Bila dah sampai, hotel pulak susah cari. Pusing-pusing kat jalan yang sama padahal hotel tu dekat je. Last-last Haqim guna GPS. (Hargai teknologi yang canggih!)
Sampai je kat sana, rasa macam lalu kat kawasan kampung. Keliling rumah-rumah papan, jalan pun macam jalan kat kampung. Like I said, ' Kita macam balik kampung je... ' Kampung saya di Sungai Mati, Muar. Jauh beza Kelantan dengan KL. Baguih la ! At least boleh ikut cara orang Kelantan, bersederhana. Kalau kat Kelantan, setiap banner/kedai/papan tanda MESTI ada huruf jawi. Kalau dekat shopping mall pulak, kaunter akan tutup selama 10 minit sebab nak hormat azan. Salute ! Cer kayy ell buat macam ni...
Kitorang menginap di Grand Riverview Hotel. Kat sini senang sikit cari makan. Kedai makan ada dekat depan hotel je. Mula-mula saya ajak makan KFC je, tapi ibu pulak kata, ' Kita makan makanan Kelantan la... '. Okay..... Then ayah pun bawa pergi makan dekat Pantai Cahaya Bulan. Orang kata kat sana famous, so kitorang nak try la. Banyak jugak kedai makan, TAPI kena pandai pilih kedai sebab ada yang masak tak sedap. Kitorang dah terkena dah. Nampak sedap tapi bila masuk mulut rasa nak keluar balik. Haqim pulak kata, ' Bayangkan ikan ni sedap. ' Nak bayang macam mana.....
Sekitar hotel. Service okay, harga okay, breakfast okay, bilik okay. Pendek kata semuanya Excellent.
This is our room (me and adik)
Yang atas tu bilik ibu dengan ayah. Actually ada satu pintu yang menghubungkan bilik kitorang. Takkan la nak duduk berdua dengan adik. Mintak simpang....
Bilik air dia memang tiptop !
Breakfast !
Jalan-jalan cari makan. Dah lapar....
Esoknya....
Kitorang check-out. Satu malam je duduk sana dan kitorang kena berpindah ke homestay yang disewa Pak Apet sebab homestay tu dekat dengan rumah bakal isterinya. Dialah yang nak kahwin tu. Sebelum kitorang terus ke homestay, ibu nak singgah Pasar Siti Khadijah pulak. Yang menjual kat pasar tu semuanya perempuan, ada anak dara, mak dara, nenek dara dan sebagainya. Kak Ton pun ada ! *ehehe.
Pusing-pusing kat dalam pasar tu sebab nak cari baju yang lawa-lawa. Ibu lettew... Saya tengok semuanya comel-comel belaka, bak kata orang Kelantan. Sampailah di kedai Kak Ton Kak Idah, comel-comel baju yang dijualnya *eheh. Tengah ibu sebok tawar-menawar, ternampak Atuk tengah usha-usha baju yang tergantung. Kitorang pun terjeritlah ' Atuk! '(me and adik). Then macam-macam la soalan ditanya kat Atuk. ' Bila sampai ? ' ' Pukul bape sampai ? ' ' Yang lain mana ? ' ' Bla bla bla... ' Tengah duk tawar-menawar, Atuk pun berboraklah dengan owner kedai tu. Last-last boleh kenal sebab ada kait-mengait. Lawak pun ada...
Lepas dah penat berjalan, kitorang singgah solat zuhur kejap. Kat area masjid tu ada Kampung Kraftangan, lepas solat kitorang jalan-jalan kat situ.
1. Yang sebelah atas, kiri, Alat Menenun Kain. Zaman dulu, gadis takkan dipinang kalau dia tak pandai menenun kain dan khatam Al-Quran.
2. Yang sebelah atas, kanan, Alat Mengecop Batik.
3 Yang sebelah bawah, kiri, Periuk yang dimasak atas dapur. Style orang dulu-dulu kot...
4. Yang sebelah bawah, kanan, kelas belajar melukis.
Esoknya lagi...
Hari pernikahan sepupu ayah, Pakcik Apet. Pukul 10 lebih mereka nikah, pukul 1 bersanding. Yang perempuan semua masuk dalam nak bergambar. Ayah, Paklong dan Haqim boleh pulak terus ke khemah untuk makan. Then lepas bersanding, ada makan beradat. Ibu dijemput makan kat meja pengantin, yang saya ni takde hala tuju nak makan dengan siapa. Perut lapar. Tetiba ibu panggil ajak makan kat meja pengantin. Dengan muka tebal duduk je la makan kat meja tu. Actually meja makan untuk rombongan lelaki takde.
Breakfast di D'klasik White Coffee
Petang kitorang dah bertolak ke Terengganu. Ingatkan nak terus balik KL, tapi dah banyak tempat kitorang singgah. Last-last sampai Kuala Terengganu malam. Terjahlah mana-mana hotel yang kosong.
Tok Bali. Angin kat pantai sangatlah kuat sampai rasa macam nak terbang.
Kuala Besut. Sini ada jeti untuk pergi ke Pulau Perhentian.
Kampung Rhu. Kawasan pantai ni cantik.
Malam pulak kitorang terdesak nak cari tempat tinggal. Saya pulak pasrah je nak tinggal mana. Hotel ke, homestay ke, masjid ke, janji ada tempat berehat. Badan kitorang dah lenguh dan penat. Tiga hotel kitorang terjah dan kali ketiga baru dapat, Sumai Suite Apartment. Rasa macam Heaven dapat tempat nak rehatkan badan.
See ayah dah kepenatan. Apartment 2 bilik.
Breakfast kat sini tak banyak pilihan. Kalau tak, semuanya wa rembat.
Time to go home. I miss my bed, pillow...
Nak cerita sikit pasal beca jap...
Beca bermula dari kenderaan serupa yang pertama kali beroperasi di Jepun iaitu Jinrikisha. Jin = Manusia. Riki = Daya. Sha = Kenderaan. Perkataan 'Jinrikisha' mula masuk dalam kamus Oxford English Dictionary pada tahun 1887.
Singgah pulak dekat Kampung Losong. Beli keropok lekor...
Singgah pulak lagi di Batik Handicraft Centre. Ayah berhenti sebab nak hilangkan rasa frust ibu. Dapatlah jugak satu batik. Lawa.
Singgah Cherating nak beli keropok lekor lagi. Wa suka wa suka !
Hai saya di Pantai Kemasik.
Okay bye...