Assalamualaikum
22 Jun 2013
Program Tautan Ukhuwah ataupun Running Prefect 2013, khas untuk para pengawas SMK Gombak Setia untuk melakar kenangan pada tahun 2013. Program terakhir ini berjalan dengan sangat lancar dan seronok. Program ini dicadang oleh Adibah (ketua planner) dan dirancang oleh Ili, Hamizah, Anina dan Arifah (planner penting) *eceh dan disetujui oleh pengetua dan guru-guru pengawas. Mengambil masa sebulan untuk kami settlekan pasal program ni.
Alhamdulillah ramai yang bagi komitmen dan hampir 90 orang pengawas yang menyertai. Rasa macam dihargai. Hehe...
Mula pada pukul 7.30 pagi sampai 6 petang. Pendaftaran yang dihandle oleh Hamizah dan I'zatul serta Hazim dan Amir. Nama kumpulan yang kitorang bagi adalah nama haiwan. Sepuluh kumpulan - Cicak, Harimau, Serigala, Burung, Katak, Itik, Kucing, Monyet, Ular dan Lembu. Kitorang ada bagi tag kat setiap orang dan tag tu boleh ditarik bila siren dibunyikan. Memang dorang ni sangat alert bila dengar bunyi siren even bunyi sekejap. Laju je dorang lari sampai Teacher Zu pun terkejut.
Lepas tu kitorang ada bagi biskut, biskut umpama amanah dorang. Dorang kena jaga biskut tu jangan bagi pecah atau hilang. Then game bermula untuk sesi pertama dan tiba-tiba siren dibunyikan menandakan dorang boleh tarik tag musuh. Seorang dari mereka tercedera dan kitorang takdela terkejut sangat mendengarnya sebab kitorang tau benda tu akan terjadi. Tapi yang buat kitorang terkejut sebab kecederaan tu bukannya cedera ringan sampai saya pun menjerit tengok, tapi budak tu boleh lagi senyum -,-' Maka terhenti seketika game dorang.
Sesi Pertama...
Ada empat game :
Dizzy Balloon
Game ni takde la mencabar sangat, cuma kena pusing sebanyak 10 kali dan sebut ' Saya Pengawas Bertauliah '. Tapi disebabkan game ni diadakan di Dataran Setia, iaitu Zon Basah. Maka mereka ni semua kuyup sebab kena siram. Kahkahkah... Ramai complain takut kertas dorang basah. Memang kitorang dah fikir dah sebelum tu, kertas tu kan amanah. Amanah perlu jaga dengan elok. Pandai-pandai la jaga...
Tali dan Perkataan
Dorang kena tulis 'Tautan Ukhuwah' di atas kertas mahjong dengan menggunakan marker yang diikat dengan tali. So dorang kena pegang hujung tali tu dan tulis.
Teka Air
Si Buta
Seorang kena tutup mata dan seorang lagi kena letak cawan atas kepala. Yang bertutup mata tu pulak kena pegang cawan yang ada tepung dan tuang ke dalam cawan yang ada di atas kepala seorang lagi. Yang lain kena bagi arahan kepada si buta. Kesian yang sorang tu...
12.30 tengah hari kitorang stop untuk makan dan solat. 2.30 petang baru mula untuk sesi seterusnya. Actually game habis cepat, so macam-macam aktiviti kitorang buat sementara nak tunggu lunch.
Sifir Siput
Beep
Sesi kedua...
Organ Ayam
Semua ahli group kena tutup mata dan lepas tu planner akan masukkan tangan dorang ke dalam besen yang ada organ-organ ayam yang sangat busuk sampai bau tu melekat kat tangan. Siapa yang kalah kena celup tangan dalam tu. Double eiyurkss !
Cham Cham
Game ni rasanya ada dalam Running Man. Planner sebut cham cham cham dan tangannya di hadapan muka player. Susah la nak explain... Korang tengok la running man.
Jumping Balloon
Player kena pass belon dekat kawan dan ada denda kalau kalah. Dendanya kena ikat kaki tangan dan berjalan beramai-ramai menuju ke check point seterusnya untuk buka ikatan.
Belon Teka-Teki
Player diberi soalan dan perlu jawab mengikut masa yang ditetapkan oleh planner. Bila dorang tengah khusyuk jawab soalan, planner kena baling belon berisi air, botol berisi air dan tepung kepada player.
Game yang agak pelik dan mencabar dorang. Mencabar kesabaran, keberanian, kepatuhan, ketakutan dan kebijaksaan dorang. Kitorang buat program ni bukan nak rapatkan ukhuwah saja, tapi nak tengok sejauh mana tahap sabar, berani. Program ni bukan suka-suka, ada sebab. Seorang yang bertauliah takkan mudah kalah.
Ohh yeah game terakhir kitorang pulak, planner kena tarik tag player yang masih ada. Dan planner yang menang sebab tag planner kukuh. Hehe... Actually saya taktau pun game terakhir tu. Minta maaf kepada Juliza, Najiha dan player lain sebab saya tarik korang agak kasar.
p/s : Happy Birthday Hamizah dan Zahidah
Semua ahli group kena tutup mata dan lepas tu planner akan masukkan tangan dorang ke dalam besen yang ada organ-organ ayam yang sangat busuk sampai bau tu melekat kat tangan. Siapa yang kalah kena celup tangan dalam tu. Double eiyurkss !
Cham Cham
Game ni rasanya ada dalam Running Man. Planner sebut cham cham cham dan tangannya di hadapan muka player. Susah la nak explain... Korang tengok la running man.
Jumping Balloon
Player kena pass belon dekat kawan dan ada denda kalau kalah. Dendanya kena ikat kaki tangan dan berjalan beramai-ramai menuju ke check point seterusnya untuk buka ikatan.
Denda kalau kalah
Belon Teka-Teki
Player diberi soalan dan perlu jawab mengikut masa yang ditetapkan oleh planner. Bila dorang tengah khusyuk jawab soalan, planner kena baling belon berisi air, botol berisi air dan tepung kepada player.
Denda
Ohh yeah game terakhir kitorang pulak, planner kena tarik tag player yang masih ada. Dan planner yang menang sebab tag planner kukuh. Hehe... Actually saya taktau pun game terakhir tu. Minta maaf kepada Juliza, Najiha dan player lain sebab saya tarik korang agak kasar.
Tahniah kumpulan Cicak (1st place), Harimau (2nd place) and Itik (3rd place)
Pengawas 2013 The Best !
Running Prefect Awesome !
p/s : Happy Birthday Hamizah dan Zahidah
Para planner yang berhempas pulas pastikan program ni lancar.