Rasanya dah lama aku tak update pasal travel. Almaklumlah duk terperuk dalam kolej mana nak keluar. Cuti sem ni la baru dapat keluar melancong. Alaa tak jauh pun travel kali ni, kami pergi Pulau Pangkor. Ramai yang kata 'Alaa Pangkor ada apa je ? Setakat pulau.' So, benda yang orang rasa tak best tak syok, tu yang kitorang jadikan syok jadikan best.
22 Oktober 2014
Kami bertolak ke Perak. Aku apalagi, dalam kereta tidur je la.
Sampai jeti Pangkor, dalam masa 15 minit kami tunggu feri. Aku tak mabuk laut bila naik bot sebab dapat udara, tapi bila naik feri ada rasa pening sikit sebab feri tu tertutup dan aku rasa rimas.
Lebih kurang 15 minit kami sampai jeti. Cari teksi, terus ke hotel, Puteri Bayu Beach Resort. Check-in, rehat sekejap sebelum jalan-jalan area hotel and pantai. Aku ni terlebih excited tengok laut.
23 Oktober 2014
Esoknya lepas breakfast kami terus ke tepi pantai. Abang bot dah tunggu dah nak bawak kami melawat pulau-pulau, pantai yang ada kat Pangkor. Aku mestilah terlebih excited nak tengok benda yang belum aku tengok.
So, abang tu pun perkenalkan pulau-pulau and pantai yang ada. Ada Turtle Bay, Monkey Bay, Coral Bay, Coral Island dan Teluk Nipah. Abang bot tu kata ada beza antara Coral Bay dengan Teluk Nipah walaupun bersebelahan. Bezanya pasir kat pantai tu, Teluk Nipah pasir kuning dan Coral Bay pasir putih. Teluk Nipah ni dulu macam Coral Bay jugak la, cantik dan aman. Tapi sekarang ni dah banyak kedai-kedai kat tepi Teluk Nipah tu. And kalau nak tau, kita hanya boleh jalan dari Coral Bay ke Coral Island sekali dalam setahun, dalam bulan 2 atau 3, sebab air laut paras buku lali masa tu.
Turtle Bay
Monkey Bay
Teluk Nipah
Coral Island
Batu bentuk gajah panjat bukit.
Nampak tak batu yang tinggi tu. Macam badan gajah kalau tengok dari belakang.
Batu bentuk kepala buaya.
Tengok belah kiri gambar, macam kepala buaya.
Kalau tak nampak, click gambar.
Batu bentuk kepala ikan paus.
Nampak batu yang besar tu, lebih kurung macam kepala ikan paus.
Lepas tu, abang bot tu bawak kami tengok ikan-ikan, cantik-cantik. Air jernih sangat sampai nampak sampai dasar. Ayah dengan Haqim apalagi, snorkeling la dengan sana. Seronok betul dorang.
Lepas seronok snorkeling, kitorang balik resort. Tapi tak terus balik, kitorang susur pantai dulu. Kat area resort kitorang ada batu-batu besar, sangat cantik. So apalagi kita selfie !
Alang-alang kolam ni sunyi, apa kata kita terjun !
24 Oktober 2014
Hari terakhir di Pangkor.
Sebelum terus ke jeti, kitorang suruh uncle teksi tu bawak jalan-jalan pusing satu Pangkor. Sumpah cantik gila bakhang pantai kat sana. Aku rasa dulu lagi cantik sebelum tercemar dengan bangunan-bangunan dan sampah-sampah.
Ni proses ikan masin.
Sekarang mudah je kerja. Buka bekas terus masuk kuali dan masak.
Nak promote ikan masin yang dah siap.
Dah habis pusing-pusing kat dalam kilang tu, kami ke kedainya pulak. Ayah macam biasa la cari kepala sotong.
Masa kami pusing pulau, ternampak kayu-kayu cantik tersusun je. Uncle teksi tu kata sini tempat buat bot atau kapal. Sesiapa yang nak order bot, boleh la mintak dorang buatkan.
Then uncle teksi drop kami kat kuil. Cantik !
Haa ni pulak dekat dalam Galeri Pangkor. Aku memang suka sejarah tempat, tapi tak pernah suka sejarah pmr ke spm ke. Selalu tidur bila subject ni *kantoi*
Uncle teksi tu kata ini Kota Belanda. Yang corak-corak tu semuanya dorang buat untuk cantikkan tempat ni. Tapi sejarah yang tinggal hanya batu bata merah yang kat bukit tu.
Ni la sejarah yang tinggal kat Kota Belanda.
Masa on the way nak balik, ibu ayah singgah dekat menara condong. Aku ngan adik tengah tidur dalam kereta. Bila ibu ajak tengok, memasing taknak. Pada aku tidur lagi penting *hahaha*
Sampai sini je la cerita travel aku dekat Pangkor. Kalau ada lagi, aku update. Tapi rasanya macam susah je nak hahaha....